Sunday, November 13, 2011

LARIAN BERGANTI-GANTI

Acara ini berdasarkan trek/balapan yang di-design untuk sekolah aku. klik sini.

Panduan menentukan stagger dan kedudukan pelari (4 x 100m dan 4 x 200m) adalah seperti di bawah ni;


klik pada rajah untuk saiz lebih besar!

Thursday, October 13, 2011

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT


13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.?

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Sila Share Jika Anda Rasa Ia Membawa Kebaikan Kepada Orang Lain Untuk Membacanya..

Tuesday, February 15, 2011

:)

Salam
Maulid Al-Rasul

12 Rabiul Awal 1432

Bersama mencontohi akhlak Rasulullah
dan
TERUSkan Perjuangan Baginda.
Semoga Kita Di RAHMATI
ALLAH selalu.

Thursday, December 2, 2010

PROMO FIREFLYZ

Tiket murah, tambang rendah! dari rm35 terbang dalam semenanjung dan cuma rm59 ke kuching atau kota kinabalu! Boleh lawan air asia ni..huhuhu, anyway flight ke sarawak dan sabah baru diperkenalkan (mula operasi pada 2011). Sebelum ni Fireflyz pernah buat promo serendah rm9 sehala dari sabah/sarawak ke kl (vice versa juga). Sempat lar jugak aku beli.. hehehe.


Sesiapa yang merancang nak naik kapal terbang sama ada nak melancong ke, balik kampung ke, atau sebagainya boleh check website fireflyz kat sini


Monday, November 22, 2010

REBORNED!

Selamat datang ke blog bekas penuntut opsyen KPLI-Sains (sc3) IPKT! Oleh kerana kami mempunyai masalah sebelum ini, maka lahirlah blog baru bagi menggantikan blog lama. Diharapkan ahli-ahlinya dapat beri kerjasama dengan wujudnya blog ini.

Sekian, terima kasih..